Oleh Zurairi AR
KUALA LUMPUR, 14 Feb — Kontraktor kamera kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini membidas mengatakan notis yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak sah kerana ia bukan bangunan yang salah dibina.
Dalam semakan kehakiman hari ini, Beta Tegap Sdn Bhd juga mendakwa tiang kamera AES telah didirikan bagi pihak agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan, yang mana tidak memerlukan syarikat untuk memohon kelulusan daripada mana-mana pihak.
“Pemohon secara hormatnya menghantar permohonan mengatakan tiada individu munasabah boleh menafsir tiang dan kamera melambangkan ‘bangunan’,” kata Alex de Silva kepada Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-kuasa Khas di ibu kota hari ini.
Pada November tahun lalu, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah mengeluarkan dua notis kepada Beta Tegap supaya memohon secara rasmi untuk mendapatkan kebenaran merancang bangunan atas dakwaan menggunakan tanah milik negeri.
Beta Tegap juga berhujah mengatakan kamera AES diletak di lebuh raya PLUS dna SKVE, yang mana kedua-duanya diisytiharkan sebagai jalan persekutuan dan bukan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.
Hujah tersebut disokong oleh peguam kanan persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili Pejabat Peguam Negara yang bertindak sebagai pencelah.
Menurut Peguam Negara, telah dinyatakan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bahawa menteri kerja raya adalah pihak berkuasa yang memiliki bidang kuasa untuk meluluskan pembinaan AES di lebuh raya.
MPS yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo walaubagaimanapun membalas hujah dengan mendakwa kamera yang dibina adalah diatas tanah negeri yang mana tidak pernah diwartakan untuk tujuan PLUS mahupun SKVE.
Pihak responden juga mendakwa bahawa “pos” adalah termasuk dalam definisi “bangunan” di dalam Akta Jalan, Parti dan Bangunan 1974.
Peguam Negara menolak definisi dalam Akta tersebut dengan mengatakan bahawa pos memerlukan ia dihubungkan dengan mana-mana rumah, pondok, bangsal atau atap berbumbung sebelum ia dianggap “bangunan”.
Hakim Datuk Zaleha Yusof dijangkakan membuat keputusan penuh pada 21 Februari ini.
Pada 12 Disember tahun lalu, Beta Tegap menfailkan semakan kehakiman keatas keputusan MPS dan sejurus selepas itu mendapat daripada Mahkamah Tinggi pada 19 Disember.
Beta Tegap kini dalam usaha mengisytiharkan PBT tidak mempunyai bidang kuasa terhadap Lebuhraya Utara-Selatan Km 301.7 dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan KM 6.6 di Dengkil Sepang.
Pihak Berkuasa Tempatan Sepang dalam surat bertarikh 6 Disember mengarahkan Beta Tegap membuka dua kamera yang dipasang tersebut dalam tempoh 14 hari.
Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan oleh Pejabat Peguam Negara untuk menjadi pencelah dalam saman undang-undang tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan kerajaan persekutuan mempunyai hak dan kuasa.
No comments:
Post a Comment