Thursday, 14 February 2013

Aku dan Dia



Dengar tajuk Aku dan Dia, mesti ramai yang fikir post ni tentang cinta. Post kali ni tentang mencari diri yang hilang di bumi Allah sebagai seorang hambanya. 

Petang tadi semasa pulang dari rumah mertuaku di Pengkalan Kubur, aku sempat singgah di pasar malam kawasan Wakaf Baru. Niat utama untuk mencari sesuap bekal nasi sebagai bekal berjaga malam kerana aku akan bermalam di kedaiku di Pasir Yumbuh. Pasar malam disana memang besar dan pelbagai barangan dijual disana. Naik lenguh kaki aku pusing mencari apa yang dihajatkan.

Semasa pusing pasar malam itu mataku terpandang seorang pemuda dalam linkungan umur 30an bersimpuh dia jalan tar memainkan alat muzik seperti diatas. Hatiku terdetik untuk menggerakkan kaki kearah pemuda tersebut. Setelah diamati pemuda tersebut sebenarnya seorang yang Allah dah tarik nikmat penglihatannya.Aku terkedu memerhatian gelagat lelaki tersebut.Allah tarik penglihatannya namun Allah kurniakan padanya semangat untuk mencari rezeki tanpa meminta minat. Aku kagum dengan semangatya.

Aku bandingkan diriku dengannya dan perasaan brsyukur sementara datang dalam diri ini. Namun tiba tiba hati ini sebak, betapa selama ini aku menganggap diri ini telah cukup sempurna dari segi mental. Pemuda ini hilang pancaindera yang penting dalam diri insan naun masih tabah menghadapi hidup ini. Aku hamba yang cukup sifat dan sesempurna kejadian Allah sentiasa mengeluh dengan dugaan dan cabaran yang sentiasa datang dalam hidup ini. 

Aku seorang kakitangan kerajaan yang bergaji empat angka sebulan dan mempunyai keluarga yang bagiku cukup bhagia. Sifat diri ini yang tidak pernah bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada menyebabkan aku cuba berniaga dan menanggung bebanan  hutang hampir RM6000 sebulan. Bebaban hutang ini menjadikan aku manusia yang hanya indah diluar dari didalam. Semua memandangku sebagai seorang yang berjaya namu tiada siapa tahu aku sebenarnya hampir tenggelam dibawa arus tamak haloba.

Aku sendiri tak tahu bila dugaan dan kafarah yang Allah berikan padaku ini akan berakhir. Kini aku belajar untuk bersyukur dengan pemberian Allah dan sentiasa cuba menjadi hamba yang diredhaiNya walaupun aku sentiasa gagal melawan bisikan syaitan. Aku harap Allah akn membantu aku dalam perjuangan ini. Aku teringin memiliki semangat seperti pemuda tadi.Walau berat dugaan yang diterima, kecekalannya dalm mengharungi hidup ini mengalahkan aku sebagai hamba yang Allah kurniakan segalanya.

P/S: Air mata ini pengubat segala kedukaan dan blog satu satunya tempat meluahkan perasaan 

No comments:

Post a Comment