Friday, 15 February 2013

Tidak perlu kelulusan kerana kamera AES bukan bangunan, kontraktor berhujah


Oleh Zurairi AR
KUALA LUMPUR, 14 Feb — Kontraktor kamera kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini membidas mengatakan notis yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak sah kerana ia bukan bangunan yang salah dibina.
Dalam semakan kehakiman hari ini, Beta Tegap Sdn Bhd juga mendakwa tiang kamera AES telah didirikan bagi pihak agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan, yang mana tidak memerlukan syarikat untuk memohon kelulusan daripada mana-mana pihak.
“Pemohon secara hormatnya menghantar permohonan mengatakan tiada individu munasabah boleh menafsir tiang dan kamera melambangkan ‘bangunan’,” kata Alex de Silva kepada Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-kuasa Khas di ibu kota hari ini.
Pada November tahun lalu, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah mengeluarkan dua notis kepada Beta Tegap supaya memohon secara rasmi untuk mendapatkan kebenaran merancang bangunan atas dakwaan menggunakan tanah milik negeri.
Beta Tegap juga berhujah mengatakan kamera AES diletak di lebuh raya PLUS dna SKVE, yang mana kedua-duanya diisytiharkan sebagai jalan persekutuan dan bukan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.
Hujah tersebut disokong oleh peguam kanan persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili Pejabat Peguam Negara yang bertindak sebagai pencelah.
Menurut Peguam Negara, telah dinyatakan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bahawa menteri  kerja raya adalah pihak berkuasa yang memiliki bidang kuasa untuk meluluskan pembinaan AES di lebuh raya.
MPS yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo walaubagaimanapun membalas hujah dengan mendakwa kamera yang dibina adalah diatas tanah negeri yang mana tidak pernah diwartakan untuk tujuan PLUS mahupun SKVE.
Pihak responden juga mendakwa bahawa “pos” adalah termasuk dalam definisi “bangunan” di dalam Akta Jalan, Parti dan Bangunan 1974.
Peguam Negara menolak definisi dalam Akta tersebut dengan mengatakan bahawa pos memerlukan ia dihubungkan dengan mana-mana rumah, pondok, bangsal atau atap berbumbung sebelum ia dianggap “bangunan”. 
Hakim Datuk Zaleha Yusof dijangkakan membuat keputusan penuh pada 21 Februari ini.
Pada 12 Disember tahun lalu, Beta Tegap menfailkan semakan kehakiman keatas keputusan MPS dan sejurus selepas itu mendapat daripada Mahkamah Tinggi pada 19 Disember.
Beta Tegap kini dalam usaha mengisytiharkan PBT tidak mempunyai bidang kuasa terhadap Lebuhraya Utara-Selatan Km 301.7 dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan KM 6.6 di Dengkil Sepang.
Pihak Berkuasa Tempatan Sepang dalam surat bertarikh 6 Disember mengarahkan Beta Tegap membuka dua kamera yang dipasang tersebut dalam tempoh 14 hari.
Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan oleh Pejabat Peguam Negara untuk menjadi pencelah dalam saman undang-undang tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan kerajaan persekutuan mempunyai hak dan kuasa.

Thursday, 14 February 2013

Aku dan Dia



Dengar tajuk Aku dan Dia, mesti ramai yang fikir post ni tentang cinta. Post kali ni tentang mencari diri yang hilang di bumi Allah sebagai seorang hambanya. 

Petang tadi semasa pulang dari rumah mertuaku di Pengkalan Kubur, aku sempat singgah di pasar malam kawasan Wakaf Baru. Niat utama untuk mencari sesuap bekal nasi sebagai bekal berjaga malam kerana aku akan bermalam di kedaiku di Pasir Yumbuh. Pasar malam disana memang besar dan pelbagai barangan dijual disana. Naik lenguh kaki aku pusing mencari apa yang dihajatkan.

Semasa pusing pasar malam itu mataku terpandang seorang pemuda dalam linkungan umur 30an bersimpuh dia jalan tar memainkan alat muzik seperti diatas. Hatiku terdetik untuk menggerakkan kaki kearah pemuda tersebut. Setelah diamati pemuda tersebut sebenarnya seorang yang Allah dah tarik nikmat penglihatannya.Aku terkedu memerhatian gelagat lelaki tersebut.Allah tarik penglihatannya namun Allah kurniakan padanya semangat untuk mencari rezeki tanpa meminta minat. Aku kagum dengan semangatya.

Aku bandingkan diriku dengannya dan perasaan brsyukur sementara datang dalam diri ini. Namun tiba tiba hati ini sebak, betapa selama ini aku menganggap diri ini telah cukup sempurna dari segi mental. Pemuda ini hilang pancaindera yang penting dalam diri insan naun masih tabah menghadapi hidup ini. Aku hamba yang cukup sifat dan sesempurna kejadian Allah sentiasa mengeluh dengan dugaan dan cabaran yang sentiasa datang dalam hidup ini. 

Aku seorang kakitangan kerajaan yang bergaji empat angka sebulan dan mempunyai keluarga yang bagiku cukup bhagia. Sifat diri ini yang tidak pernah bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada menyebabkan aku cuba berniaga dan menanggung bebanan  hutang hampir RM6000 sebulan. Bebaban hutang ini menjadikan aku manusia yang hanya indah diluar dari didalam. Semua memandangku sebagai seorang yang berjaya namu tiada siapa tahu aku sebenarnya hampir tenggelam dibawa arus tamak haloba.

Aku sendiri tak tahu bila dugaan dan kafarah yang Allah berikan padaku ini akan berakhir. Kini aku belajar untuk bersyukur dengan pemberian Allah dan sentiasa cuba menjadi hamba yang diredhaiNya walaupun aku sentiasa gagal melawan bisikan syaitan. Aku harap Allah akn membantu aku dalam perjuangan ini. Aku teringin memiliki semangat seperti pemuda tadi.Walau berat dugaan yang diterima, kecekalannya dalm mengharungi hidup ini mengalahkan aku sebagai hamba yang Allah kurniakan segalanya.

P/S: Air mata ini pengubat segala kedukaan dan blog satu satunya tempat meluahkan perasaan 

Wednesday, 13 February 2013

BR1M 3.0, 4.0 diteruskan

Kulaijaya: Datuk Seri Najib Razak semalam memberi jaminan kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan BR1M 4.0. Perdana Menteri berkata, BR1M yang memberi manfaat langsung kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang akan diteruskan jika BN terus diberi mandat membela rakyat. Lebih banyak insentif seperti BRIM akan disalurkan kepada rakyat, jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, katanya. Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi oleh pentadbirannya bukan saja berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa, tetapi menambah pendapatan negara yang membolehkan pelbagai manfaat disalurkan kepada rakyat. BR1M adalah program denyut nadi rakyat yang inklusif dan adil berbeza dengan janji pembangkang yang hanya menjual janji selain mendidik rakyat melanggar undang-undang menerusi perhimpunan jalanan. BR1M 2.0 banyak beri faedah kepada rakyat tapi pembangkang buat Bersih 1 dan Bersih 2 tapi apa faedah kepada rakyat?. Barisan Nasional buat BR1M 1.0, BR1M 2.0... BR1M 3, BR1M 4 dan banyak lagi dan setiap kali buat BR1M, dia (bantuan) akan tambah lagi... ini bezanya kita (BN) dengan pembangkang, katanya berucap kepada kira-kira 20,000 tetamu yang hadir pada sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor di pekarangan pasar raya Econsave dekat Senai di sini, petang semalam. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Najib berkata, kerajaan tidak hanya menabur atau menjual janji seperti pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol serta mengurangkan harga minyak, tanpa menerangkan kesannya kepada rakyat dan negara. Kerajaan BN tidak main atau jual janji, kita tak janji kalau tak mampu, kata disambut tepukan gemuruh hadirin. Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan menumpukan kepada program langsung seperti 139 produk 1Malaysia seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan banyak lagi program bagi membantu rakyat secara langsung selain melaksanakan program transformasi ekonomi. Najib berkata, pasaran saham negara juga sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan BN, yang akan menyaksikan ia melonjak kepada tahap lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung. Semua akan menerima faedahnya jika kita (rakyat) membuat keputusan tepat, katanya yang menegaskan pelbagai manfaat dinikmati rakyat ketika ini adalah hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang membuktikan kerajaan BN menepati segala janji dibuatnya.
Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BR1M3_0_4_0diteruskan/
Article P/S: Untung org yang dapat BRIM. admin tak pernah dapat ...tapi syukur dengn rezeki yang ada.
LIKE kedai online apa saja untuk pelbagai tawaran hebat

Tuesday, 5 February 2013

Dari Timur ke Barat: Mencari diri yang hilang.

Sepanjang kedewasaan ini...
Mana sudahnya dunia yang kucari..
Timur ke Barat, Utara ke Selatan..
Bayangan dunia rebutan harian...

Diriku luhur dialam Pencipta
Bersama Tuhanku dijaga dimanja..
Merantau kedunia bersama cintaNya..
Suatu masa nanti kembali jua..

Indahnya dunia ciptaan manusia..
Berlari bersama mengejar alpa..
Tuhan menduga hamba yang hina..
Mampukah janji dikota akhirnya..

Dunia ini sekolah terulung..
Bumi dipijak langit dijunjung..
Harapan menggunung harta disanjung..
Tiba masanya keranda diusung..

Wahai diri ingatlah kamu..
Dimana berada disitu Tuhanmu..
Kembali kamu pada penciptamu..
Semoga redhaNya bersama selalu.

P/S:Sajak ke apa ni...nukilan hati hamba yang tenggelam.

facebook.com/kedaionlineapasaja

Warna dan Kehidupan

W- warna penyeri hidup insan
A- andai tiada kosonglah jiwa
R- rona dunia warna hidup
N- nikmat dunia ujian semata
A- andai tersalah kembali segera.
Makna perkataan warna ni aku ambil dari hidup aku sendiri.bermula dari telapak kakiku sebenar daun sehingga dewasa sekarang, macam macam warna yang hadir dalam hidup aku.putih, hitam, biru, kuning semua ada.
Hidup manusia memang berwarna.Allah jadikan kesenangan dan kesedihan sebagai warna asas yang mencorakkan kehidupan. Ada orang cakap indahnya kalau warna hidup sentia putih....namun aku tak rasa jika sentiasa putih hidup akan indah.
Campuran pelbagai warna mencantikkan suasana. Apatah lagi dalam hidup. Jika sentiasa putih, pengalaman apa yang kita dapat? Sudah tentu kosong jiwa kita. Pengalaman adalah guru yang paling mahir mendidik. Contohnya seorang raja yang sentiasa dalam kemewahan..cuba bayangkan jika dia tersesat ke hutan. Boleh tak dia survive..bagi aku mungkin tak boleh sebab raja tak pernah rasa susah dari lahir sampai ke dewasa.
Dunia ni unik...Allah ciptakan dunia khusus untuk manusia..namun manusia tak pernah diciptakan untuk dunia. Manusia sebenarnya diciptakan oleh Allah untuk akhirat. Disana tempat kita..oleh itu gunakan warna dunia hanya untuk akhirat.
P/S: Admin rasa gabungan warna menarik boleh jadikan jiwa ini tenang.


Monday, 4 February 2013

HACKS dan Makna Sebalik Tabir

H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kamu
S- Seorang

Dulu masa admin kecik kecik memang paling tak suka makan gula gula ni. tak sedap langsung. ada siap ada perisa bunga cengkih lagi.

Pesaing utama gula gula ialah HUDSONS.yang ni admin lupa dah makna rekaan di sebalik namanya.yang sesiapa yang tak pernah cuba gula gula jenama HACKS dan HUDSONS ni cubalah cari kat mana mana kedai.

P/S: admin suka hudsons tapi xsuka hacks.heheeh

AES Beroperasi Seperti Biasa

Admin terbaca akhbar dua tiga hari lepas berkenaan sistem kamera baru kerajaan ni. Sebelum ni ada ura ura AES akan dihentikan sementara sepanjang tahun baru cina.

Sekarang ni kenyataan akhbar melaporkan AES beroperasi seperti biasa. Admin pun kurang pasti apa motif utama AES ni dipasang di Malaysia. Kalau ikut laporan akhbar kerajaan cakap bertujuan untuk kurangkan kemalangan, tapi admin rasa pasang kamera berpuluh juta pun kalau jalan raya macam jalan keta lembu dan sikap pemandu pulak macam samseng sewaktu memandu,kemalangan jalan raya tetap tidak berubah.

Admin bukan nak komplen, memang bersyukur tinggal di Malaysia ni tapi yang menjadi masalahnya jalanraya di Malaysia ni kualitinya tidak sama dengan nilai kontraknya.Admin ambil contoh Lebuh Raya Senai Desaru di Johor, lebuhraya tersebut bertol dan kutipan tol tidak pernah ada diskaun.Namun begitu jika dilihat dari kualiti lebuh raya tersebut memang mendukacitakan sama sekali.

Pelik tapi benar...lebuh raya senai desaru satu satunya lebuh raya bertol yang hanya mempunyai satu lorong sahaja. buat Highway berjuta juta tapi jalan macam kucing kambus berak. Lahabau punya kontraktor. Kalau macam tu punya jalan memang la excident ke manjang. sudah berapa ramai pun xtau yang jatuh ke gaung di Highway senai desaru. Harap harap ada pemantauan la dari pihak kerajaan.tidak perlu rasanya pasang kamera mahal mahal tapi jalan raya yang jadi penyebab utama kemalangan

P/S: Sama ke jalan kat Malaysia dengan kat US yang nak sangat guna sistem US.hehehhe