Sunday, 28 July 2013

KISAH SEMUT DAN LALAT 

Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lezat.
“Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar,” katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.
Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat mencoba keluar dari pintu kaca. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak kelelahan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai.

Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.
Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rekannya yang lebih tua, “Ada apa dengan lalat ini, Pak? Mengapa dia sekarat?” “Oh.., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga menemukan jalan keluar, dia frustasi dan kelelahan hingga akhirnya jatuh sekarat dan menjadi menu makan malam kita.”
Semut kecil itu nampak manggut-manggut, namun masih penasaran dan bertanya lagi, “Aku masih tidak mengerti, bukannya lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa tidak berhasil?”
Masih sambil berjalan dan memanggul bangkai lalat, semut tua itu menjawab, “Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah mencoba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang sama.” Semut tua itu memerintahkan rekan-rekannya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada lebih serius, “Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeda, maka nasib kamu akan seperti lalat ini.”

Friday, 15 February 2013

Tidak perlu kelulusan kerana kamera AES bukan bangunan, kontraktor berhujah


Oleh Zurairi AR
KUALA LUMPUR, 14 Feb — Kontraktor kamera kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini membidas mengatakan notis yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak sah kerana ia bukan bangunan yang salah dibina.
Dalam semakan kehakiman hari ini, Beta Tegap Sdn Bhd juga mendakwa tiang kamera AES telah didirikan bagi pihak agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan, yang mana tidak memerlukan syarikat untuk memohon kelulusan daripada mana-mana pihak.
“Pemohon secara hormatnya menghantar permohonan mengatakan tiada individu munasabah boleh menafsir tiang dan kamera melambangkan ‘bangunan’,” kata Alex de Silva kepada Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-kuasa Khas di ibu kota hari ini.
Pada November tahun lalu, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah mengeluarkan dua notis kepada Beta Tegap supaya memohon secara rasmi untuk mendapatkan kebenaran merancang bangunan atas dakwaan menggunakan tanah milik negeri.
Beta Tegap juga berhujah mengatakan kamera AES diletak di lebuh raya PLUS dna SKVE, yang mana kedua-duanya diisytiharkan sebagai jalan persekutuan dan bukan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.
Hujah tersebut disokong oleh peguam kanan persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili Pejabat Peguam Negara yang bertindak sebagai pencelah.
Menurut Peguam Negara, telah dinyatakan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bahawa menteri  kerja raya adalah pihak berkuasa yang memiliki bidang kuasa untuk meluluskan pembinaan AES di lebuh raya.
MPS yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo walaubagaimanapun membalas hujah dengan mendakwa kamera yang dibina adalah diatas tanah negeri yang mana tidak pernah diwartakan untuk tujuan PLUS mahupun SKVE.
Pihak responden juga mendakwa bahawa “pos” adalah termasuk dalam definisi “bangunan” di dalam Akta Jalan, Parti dan Bangunan 1974.
Peguam Negara menolak definisi dalam Akta tersebut dengan mengatakan bahawa pos memerlukan ia dihubungkan dengan mana-mana rumah, pondok, bangsal atau atap berbumbung sebelum ia dianggap “bangunan”. 
Hakim Datuk Zaleha Yusof dijangkakan membuat keputusan penuh pada 21 Februari ini.
Pada 12 Disember tahun lalu, Beta Tegap menfailkan semakan kehakiman keatas keputusan MPS dan sejurus selepas itu mendapat daripada Mahkamah Tinggi pada 19 Disember.
Beta Tegap kini dalam usaha mengisytiharkan PBT tidak mempunyai bidang kuasa terhadap Lebuhraya Utara-Selatan Km 301.7 dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan KM 6.6 di Dengkil Sepang.
Pihak Berkuasa Tempatan Sepang dalam surat bertarikh 6 Disember mengarahkan Beta Tegap membuka dua kamera yang dipasang tersebut dalam tempoh 14 hari.
Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan oleh Pejabat Peguam Negara untuk menjadi pencelah dalam saman undang-undang tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan kerajaan persekutuan mempunyai hak dan kuasa.

Thursday, 14 February 2013

Aku dan Dia



Dengar tajuk Aku dan Dia, mesti ramai yang fikir post ni tentang cinta. Post kali ni tentang mencari diri yang hilang di bumi Allah sebagai seorang hambanya. 

Petang tadi semasa pulang dari rumah mertuaku di Pengkalan Kubur, aku sempat singgah di pasar malam kawasan Wakaf Baru. Niat utama untuk mencari sesuap bekal nasi sebagai bekal berjaga malam kerana aku akan bermalam di kedaiku di Pasir Yumbuh. Pasar malam disana memang besar dan pelbagai barangan dijual disana. Naik lenguh kaki aku pusing mencari apa yang dihajatkan.

Semasa pusing pasar malam itu mataku terpandang seorang pemuda dalam linkungan umur 30an bersimpuh dia jalan tar memainkan alat muzik seperti diatas. Hatiku terdetik untuk menggerakkan kaki kearah pemuda tersebut. Setelah diamati pemuda tersebut sebenarnya seorang yang Allah dah tarik nikmat penglihatannya.Aku terkedu memerhatian gelagat lelaki tersebut.Allah tarik penglihatannya namun Allah kurniakan padanya semangat untuk mencari rezeki tanpa meminta minat. Aku kagum dengan semangatya.

Aku bandingkan diriku dengannya dan perasaan brsyukur sementara datang dalam diri ini. Namun tiba tiba hati ini sebak, betapa selama ini aku menganggap diri ini telah cukup sempurna dari segi mental. Pemuda ini hilang pancaindera yang penting dalam diri insan naun masih tabah menghadapi hidup ini. Aku hamba yang cukup sifat dan sesempurna kejadian Allah sentiasa mengeluh dengan dugaan dan cabaran yang sentiasa datang dalam hidup ini. 

Aku seorang kakitangan kerajaan yang bergaji empat angka sebulan dan mempunyai keluarga yang bagiku cukup bhagia. Sifat diri ini yang tidak pernah bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada menyebabkan aku cuba berniaga dan menanggung bebanan  hutang hampir RM6000 sebulan. Bebaban hutang ini menjadikan aku manusia yang hanya indah diluar dari didalam. Semua memandangku sebagai seorang yang berjaya namu tiada siapa tahu aku sebenarnya hampir tenggelam dibawa arus tamak haloba.

Aku sendiri tak tahu bila dugaan dan kafarah yang Allah berikan padaku ini akan berakhir. Kini aku belajar untuk bersyukur dengan pemberian Allah dan sentiasa cuba menjadi hamba yang diredhaiNya walaupun aku sentiasa gagal melawan bisikan syaitan. Aku harap Allah akn membantu aku dalam perjuangan ini. Aku teringin memiliki semangat seperti pemuda tadi.Walau berat dugaan yang diterima, kecekalannya dalm mengharungi hidup ini mengalahkan aku sebagai hamba yang Allah kurniakan segalanya.

P/S: Air mata ini pengubat segala kedukaan dan blog satu satunya tempat meluahkan perasaan 

Wednesday, 13 February 2013

BR1M 3.0, 4.0 diteruskan

Kulaijaya: Datuk Seri Najib Razak semalam memberi jaminan kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan BR1M 4.0. Perdana Menteri berkata, BR1M yang memberi manfaat langsung kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang akan diteruskan jika BN terus diberi mandat membela rakyat. Lebih banyak insentif seperti BRIM akan disalurkan kepada rakyat, jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, katanya. Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi oleh pentadbirannya bukan saja berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa, tetapi menambah pendapatan negara yang membolehkan pelbagai manfaat disalurkan kepada rakyat. BR1M adalah program denyut nadi rakyat yang inklusif dan adil berbeza dengan janji pembangkang yang hanya menjual janji selain mendidik rakyat melanggar undang-undang menerusi perhimpunan jalanan. BR1M 2.0 banyak beri faedah kepada rakyat tapi pembangkang buat Bersih 1 dan Bersih 2 tapi apa faedah kepada rakyat?. Barisan Nasional buat BR1M 1.0, BR1M 2.0... BR1M 3, BR1M 4 dan banyak lagi dan setiap kali buat BR1M, dia (bantuan) akan tambah lagi... ini bezanya kita (BN) dengan pembangkang, katanya berucap kepada kira-kira 20,000 tetamu yang hadir pada sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor di pekarangan pasar raya Econsave dekat Senai di sini, petang semalam. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Najib berkata, kerajaan tidak hanya menabur atau menjual janji seperti pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol serta mengurangkan harga minyak, tanpa menerangkan kesannya kepada rakyat dan negara. Kerajaan BN tidak main atau jual janji, kita tak janji kalau tak mampu, kata disambut tepukan gemuruh hadirin. Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan menumpukan kepada program langsung seperti 139 produk 1Malaysia seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan banyak lagi program bagi membantu rakyat secara langsung selain melaksanakan program transformasi ekonomi. Najib berkata, pasaran saham negara juga sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan BN, yang akan menyaksikan ia melonjak kepada tahap lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung. Semua akan menerima faedahnya jika kita (rakyat) membuat keputusan tepat, katanya yang menegaskan pelbagai manfaat dinikmati rakyat ketika ini adalah hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang membuktikan kerajaan BN menepati segala janji dibuatnya.
Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BR1M3_0_4_0diteruskan/
Article P/S: Untung org yang dapat BRIM. admin tak pernah dapat ...tapi syukur dengn rezeki yang ada.
LIKE kedai online apa saja untuk pelbagai tawaran hebat

Tuesday, 5 February 2013

Dari Timur ke Barat: Mencari diri yang hilang.

Sepanjang kedewasaan ini...
Mana sudahnya dunia yang kucari..
Timur ke Barat, Utara ke Selatan..
Bayangan dunia rebutan harian...

Diriku luhur dialam Pencipta
Bersama Tuhanku dijaga dimanja..
Merantau kedunia bersama cintaNya..
Suatu masa nanti kembali jua..

Indahnya dunia ciptaan manusia..
Berlari bersama mengejar alpa..
Tuhan menduga hamba yang hina..
Mampukah janji dikota akhirnya..

Dunia ini sekolah terulung..
Bumi dipijak langit dijunjung..
Harapan menggunung harta disanjung..
Tiba masanya keranda diusung..

Wahai diri ingatlah kamu..
Dimana berada disitu Tuhanmu..
Kembali kamu pada penciptamu..
Semoga redhaNya bersama selalu.

P/S:Sajak ke apa ni...nukilan hati hamba yang tenggelam.

facebook.com/kedaionlineapasaja

Warna dan Kehidupan

W- warna penyeri hidup insan
A- andai tiada kosonglah jiwa
R- rona dunia warna hidup
N- nikmat dunia ujian semata
A- andai tersalah kembali segera.
Makna perkataan warna ni aku ambil dari hidup aku sendiri.bermula dari telapak kakiku sebenar daun sehingga dewasa sekarang, macam macam warna yang hadir dalam hidup aku.putih, hitam, biru, kuning semua ada.
Hidup manusia memang berwarna.Allah jadikan kesenangan dan kesedihan sebagai warna asas yang mencorakkan kehidupan. Ada orang cakap indahnya kalau warna hidup sentia putih....namun aku tak rasa jika sentiasa putih hidup akan indah.
Campuran pelbagai warna mencantikkan suasana. Apatah lagi dalam hidup. Jika sentiasa putih, pengalaman apa yang kita dapat? Sudah tentu kosong jiwa kita. Pengalaman adalah guru yang paling mahir mendidik. Contohnya seorang raja yang sentiasa dalam kemewahan..cuba bayangkan jika dia tersesat ke hutan. Boleh tak dia survive..bagi aku mungkin tak boleh sebab raja tak pernah rasa susah dari lahir sampai ke dewasa.
Dunia ni unik...Allah ciptakan dunia khusus untuk manusia..namun manusia tak pernah diciptakan untuk dunia. Manusia sebenarnya diciptakan oleh Allah untuk akhirat. Disana tempat kita..oleh itu gunakan warna dunia hanya untuk akhirat.
P/S: Admin rasa gabungan warna menarik boleh jadikan jiwa ini tenang.


Monday, 4 February 2013

HACKS dan Makna Sebalik Tabir

H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kamu
S- Seorang

Dulu masa admin kecik kecik memang paling tak suka makan gula gula ni. tak sedap langsung. ada siap ada perisa bunga cengkih lagi.

Pesaing utama gula gula ialah HUDSONS.yang ni admin lupa dah makna rekaan di sebalik namanya.yang sesiapa yang tak pernah cuba gula gula jenama HACKS dan HUDSONS ni cubalah cari kat mana mana kedai.

P/S: admin suka hudsons tapi xsuka hacks.heheeh

AES Beroperasi Seperti Biasa

Admin terbaca akhbar dua tiga hari lepas berkenaan sistem kamera baru kerajaan ni. Sebelum ni ada ura ura AES akan dihentikan sementara sepanjang tahun baru cina.

Sekarang ni kenyataan akhbar melaporkan AES beroperasi seperti biasa. Admin pun kurang pasti apa motif utama AES ni dipasang di Malaysia. Kalau ikut laporan akhbar kerajaan cakap bertujuan untuk kurangkan kemalangan, tapi admin rasa pasang kamera berpuluh juta pun kalau jalan raya macam jalan keta lembu dan sikap pemandu pulak macam samseng sewaktu memandu,kemalangan jalan raya tetap tidak berubah.

Admin bukan nak komplen, memang bersyukur tinggal di Malaysia ni tapi yang menjadi masalahnya jalanraya di Malaysia ni kualitinya tidak sama dengan nilai kontraknya.Admin ambil contoh Lebuh Raya Senai Desaru di Johor, lebuhraya tersebut bertol dan kutipan tol tidak pernah ada diskaun.Namun begitu jika dilihat dari kualiti lebuh raya tersebut memang mendukacitakan sama sekali.

Pelik tapi benar...lebuh raya senai desaru satu satunya lebuh raya bertol yang hanya mempunyai satu lorong sahaja. buat Highway berjuta juta tapi jalan macam kucing kambus berak. Lahabau punya kontraktor. Kalau macam tu punya jalan memang la excident ke manjang. sudah berapa ramai pun xtau yang jatuh ke gaung di Highway senai desaru. Harap harap ada pemantauan la dari pihak kerajaan.tidak perlu rasanya pasang kamera mahal mahal tapi jalan raya yang jadi penyebab utama kemalangan

P/S: Sama ke jalan kat Malaysia dengan kat US yang nak sangat guna sistem US.hehehhe

Wednesday, 30 January 2013

Luna Merah: Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Ma...

Luna Merah: Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Ma...: Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di K...

Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di Kampung Sungai Sireh berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang. Pelik? Bagaimana tubuh William Yau boleh tercampak jauh sejauh itu? Terkini, Ketua Polis Subang mengesahkan selepas keterangan 30 saksi, budak yang hilang iaitu William Yau mengalami gangguan fizikal dan mental selain masalah tekanan. Mangsa juga sering dipukul dan dimarahi ibu-bapa. Kroniknye juga kes William Yau Zhen Zhong ini. Seawal umur 6 tahun sudah ada tanda gangguan mental dek kerana deraan ibubapa sendiri. Kami benar-benar tidak sangka kes William Yau ini boleh pergi ke tahap seperti ini. Sebenarnya, ada sedikit kesangsian yang kami perhatikan di awal-awal berita kehilangan William Yau ini di mana terdapat 3 kesan parut iaitu kesan luka di dahi, di kepala ada dua parut.
Kronologi Misteri Kes William Yau
Semacam pelik pula meneliti kronologi kes William Yau Zhen Zhong ini
.
-Rumah di sekitar Shah Alam Selangor. -Pergi makan di sekitar Puchong -Akhir sekali, ibubapa William Yau ini pergi ke Putra Heights untuk melihat mesan baju. Tinggalkan 3 orang anak kecil di dalam kereta? Tinggalkan anak kecil sendiri? Jenis ibubapa apakah ini? Setakat ini tiada saksi yang nampak kelibat William Yau, hatta penjual burger berdekatan dengan kedai yang dikunjungi oleh ibubapa William Yau ini Namum apabila diperiksa, tiada longkang besar berhampiran kedai elektronik di Putra Heights. Hakikatnya, longkang terdekat terletak di Kampung Bukit Lanchong (tidak jauh daripada tebing Sungai Klang) iaitu jarak 2km kedai elektronik tersebut
p/s: nape teruk sangat mak budak ni tinggalkan dia dalam keta. confius admin

Sempena Tahun Baru Cina 2013 : AES Dihentikan Sementara! Adakah Nyawa Orang Cina Dalam Bahaya?

Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 kali ini, yang merupakan perayaan terbesar sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (DI SINI), kerajaan berbesar hati untuk menghentikan sementara operasi AES Malaysia ini. Jikalau semasa berlangsungnya perayaan Thaipusam, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan juga Krismas, AES tetap berjalan seperti biasa tanpa mengenal erti penat “menjaga keselamatan anda semua di jalanraya” dan dalam pada masa yang sama “mencari pelanggan baru mereka“. Tetapi tidak sempena perayaan Tahun baru Cina 2013 kali ini. Ooh…..ada cuti juga rupanya AES ini.
Lumut: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara”
Pelik juga, masih tidak diputuskan lagi? Jadi mengapa masih dipasang? Dan mengapa operasi AES ini boleh dihentikan sementara semata-mata perayaan kali ini? Kiranya selama ini siapa yang dikenakan saman AES, boleh “avoid saman” itu? Ini kerana sehingga ke Tahun Baru Cina masih lagi belum diputuskan!
“Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai,” katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin. Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu. Katanya, langkah itu perlu bagi memerhati dan mencatatkan kesalahan lalu lintas serta tingkah laku pemandu bas ekspres sepanjang perjalanan bagi mengelak sebarang kemalangan membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam itu. Beliau berkata, JPJ juga menjalankan penguatkuasaan lain termasuk pemeriksaan bas ekspres di 64 depoh bas yang dimiliki syarikat bas ekspres utama. “Penggunaan kenderaan perkhidmatan awam pada tahun ini dijangka meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus tahun lalu. “Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan JPJ bagi memastikan bas dinaiki selamat dari segi teknikal serta pemanduan,” katanya.
Adakah statistik AES yang mengatakan boleh selamatkan 6000 nyawa setahun tidak termasuk hari perayaan? Bukankah pihak berkuasa sendiri yang mewarwarkan kempen kesedaran dengan peripentingnya kewujudan AES di Malaysia ini sehingga mampu menjaga keselamatan pengguna jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya? Itu kata merekalah. Adakah dengan penghentian operasi ini bermakna orang Cina amnya dan rakyat Malaysia umumnya dalam bahaya sempena Cuti Tahun Baru Cina kali ini? Jadi persoalannya ikhlaskah kempen kesedaran seperti ini atas nama keselamatan rakyat Malaysia di jalan raya dengan beroperasinya AES selama ini? Hakikatnya, selagi mana operasi AES ini diswastakan kepada pihak yang lebih gemar mencari keuntungan berbanding mencari jalan mengawal keselamatan pengguna jalan raya (seperti JPJ & pihak polis), tidak usahlah membuang duit untuk menjalankan kempen seperti di atas ini. Jikalau setakat November 2012, Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. telah berjaya mengaut pulangan sehingga RM4.1 ++ juta Bagaimana pula dengan pungutan yang terkini? Apa pandangan anda pula?
Admin pelik la...kenapa nak hentikan pada tahun baru cina. tak bahaya ke nanti?

Thursday, 3 January 2013

Dr Zakir Naik

Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi. Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan. Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India. Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India. Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994. Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.” Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD) Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai. Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.
Sumber http://tujuhkakidalam.blogspot.com/2009/07/dr-zakir-naik.html

Tuesday, 1 January 2013

Petua Untuk Mengikis Tabiat Buruk

Tanpa disedari setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk diubah. Berbicara mengenainya sebenarnya terdapat pelbagai tabiat buruk yang dimiliki manusia. Sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat dengan jelas pada kelakuan seharian. Tabiat buruk seperti mengumpat, malas, tidak menjaga kebersihan dan sebagainya boleh diubah asalkan diiringi dengan niat dan usaha yang tinggi.

a. Tabiat suka mengumpat perlu dihindari kerana ia merosakkan hubungan sesama manusia.

b. Setiap kali menjamah makanan, kuah lauk yang diceduk ke pinggan pasti tertumpah terkena alas meja. Sedangkan perkara ini boleh diatasi jika kita merapatkan pinggan makan pada mangkuk lauk.

c. Ada juga orang yang memiliki tabiat suka meminjam barang orang. Pantang barang itu dia suka, pasti diminta pinjam.

d. Ada orang yang suka mengumpat. Pantang bila diajak berbual pasti ada yang diumpatkan. Ini menyebabkan orang yang diumpat teraniaya, sekali gus membuatkan individu tersebut membenci anda.

e. Ada juga orang yang suka mencari salah orang lain. Semua pandangan orang tidak diterima. Bagi dia hanya pandangan dan kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya sahaja yang betul.

CARANYA:

1. Berperingkat-peringkat - Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat. Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.

2. Beringat Selalu - Jika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang. Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.

3. Mesti Ada Kemahuan dan Niat - Anda ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah. Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.

4. Selami dan Fahami - Selami dan fahami dahulu tabiat buruk anda. Fikirkan impak negatif yang bakal anda peroleh jika tabiat buruk itu masih anda praktikkan.

5. Bersabar - Jangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk tersebut. Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin anda beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari anda mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.

6. Berdoa - Jika anda merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda buang. Jangan pula berdoa tetapi anda tidak berusaha untuk membuangnya. Seiringkan doa dengan usaha. Lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri anda.



Luna Merah 

PENGAKUAN DAN PERMOHONAN MAAF SEBELUM MELELAPKAN MATA


Add caption