Wednesday, 30 January 2013
Luna Merah: Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Ma...
Luna Merah: Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Ma...: Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di K...
Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?
Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di Kampung Sungai Sireh berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang. Pelik? Bagaimana tubuh William Yau boleh tercampak jauh sejauh itu?
Terkini, Ketua Polis Subang mengesahkan selepas keterangan 30 saksi, budak yang hilang iaitu William Yau mengalami gangguan fizikal dan mental selain masalah tekanan. Mangsa juga sering dipukul dan dimarahi ibu-bapa.
Kroniknye juga kes William Yau Zhen Zhong ini. Seawal umur 6 tahun sudah ada tanda gangguan mental dek kerana deraan ibubapa sendiri.
Kami benar-benar tidak sangka kes William Yau ini boleh pergi ke tahap seperti ini.
Sebenarnya, ada sedikit kesangsian yang kami perhatikan di awal-awal berita kehilangan William Yau ini di mana terdapat 3 kesan parut iaitu kesan luka di dahi, di kepala ada dua parut.
Kronologi Misteri Kes William Yau
Semacam pelik pula meneliti kronologi kes William Yau Zhen Zhong ini.
-Rumah di sekitar Shah Alam Selangor. -Pergi makan di sekitar Puchong -Akhir sekali, ibubapa William Yau ini pergi ke Putra Heights untuk melihat mesan baju. Tinggalkan 3 orang anak kecil di dalam kereta? Tinggalkan anak kecil sendiri? Jenis ibubapa apakah ini? Setakat ini tiada saksi yang nampak kelibat William Yau, hatta penjual burger berdekatan dengan kedai yang dikunjungi oleh ibubapa William Yau ini Namum apabila diperiksa, tiada longkang besar berhampiran kedai elektronik di Putra Heights. Hakikatnya, longkang terdekat terletak di Kampung Bukit Lanchong (tidak jauh daripada tebing Sungai Klang) iaitu jarak 2km kedai elektronik tersebutp/s: nape teruk sangat mak budak ni tinggalkan dia dalam keta. confius admin
Sempena Tahun Baru Cina 2013 : AES Dihentikan Sementara! Adakah Nyawa Orang Cina Dalam Bahaya?
Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 kali ini, yang merupakan perayaan terbesar sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (DI SINI), kerajaan berbesar hati untuk menghentikan sementara operasi AES Malaysia ini.
Jikalau semasa berlangsungnya perayaan Thaipusam, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan juga Krismas, AES tetap berjalan seperti biasa tanpa mengenal erti penat “menjaga keselamatan anda semua di jalanraya” dan dalam pada masa yang sama “mencari pelanggan baru mereka“. Tetapi tidak sempena perayaan Tahun baru Cina 2013 kali ini. Ooh…..ada cuti juga rupanya AES ini.
Lumut: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara”Pelik juga, masih tidak diputuskan lagi? Jadi mengapa masih dipasang? Dan mengapa operasi AES ini boleh dihentikan sementara semata-mata perayaan kali ini? Kiranya selama ini siapa yang dikenakan saman AES, boleh “avoid saman” itu? Ini kerana sehingga ke Tahun Baru Cina masih lagi belum diputuskan!
“Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai,” katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin. Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu. Katanya, langkah itu perlu bagi memerhati dan mencatatkan kesalahan lalu lintas serta tingkah laku pemandu bas ekspres sepanjang perjalanan bagi mengelak sebarang kemalangan membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam itu. Beliau berkata, JPJ juga menjalankan penguatkuasaan lain termasuk pemeriksaan bas ekspres di 64 depoh bas yang dimiliki syarikat bas ekspres utama. “Penggunaan kenderaan perkhidmatan awam pada tahun ini dijangka meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus tahun lalu. “Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan JPJ bagi memastikan bas dinaiki selamat dari segi teknikal serta pemanduan,” katanya.Adakah statistik AES yang mengatakan boleh selamatkan 6000 nyawa setahun tidak termasuk hari perayaan? Bukankah pihak berkuasa sendiri yang mewarwarkan kempen kesedaran dengan peripentingnya kewujudan AES di Malaysia ini sehingga mampu menjaga keselamatan pengguna jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya? Itu kata merekalah. Adakah dengan penghentian operasi ini bermakna orang Cina amnya dan rakyat Malaysia umumnya dalam bahaya sempena Cuti Tahun Baru Cina kali ini? Jadi persoalannya ikhlaskah kempen kesedaran seperti ini atas nama keselamatan rakyat Malaysia di jalan raya dengan beroperasinya AES selama ini? Hakikatnya, selagi mana operasi AES ini diswastakan kepada pihak yang lebih gemar mencari keuntungan berbanding mencari jalan mengawal keselamatan pengguna jalan raya (seperti JPJ & pihak polis), tidak usahlah membuang duit untuk menjalankan kempen seperti di atas ini. Jikalau setakat November 2012, Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. telah berjaya mengaut pulangan sehingga RM4.1 ++ juta Bagaimana pula dengan pungutan yang terkini? Apa pandangan anda pula?
Admin pelik la...kenapa nak hentikan pada tahun baru cina. tak bahaya ke nanti?
Sunday, 6 January 2013
Thursday, 3 January 2013
Dr Zakir Naik
Berlatar belakangkan bidang kedoktoran, Dr. Zakir Abdul Karim Naik merupakan seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.
Dr. Zakir Naik mendapat pendidikan awal di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai. Akhirnya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang perubatan, M.B.B.S (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) di University of Mumbai, India.
Beliau aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama, dan antara yang paling berjaya adalah dialog bersama-sama Dr.William Campbell (Amerika Syarikat) pada 1 April 2000. Beliau digelar oleh seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai ‘Deedat Plus’ pada tahun 1994.
Beliau juga menerima sebuah plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada Ahmad Deedat yang terpahat padanya : “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” Ia bermaksud, “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”
Beliau sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dibeberapa stesen televisyen dan radio di pelbagai negara, dan kini ratusan daripada video rakaman ceramah beliau boleh didapati dalam bentuk pita video dan cakera padat (CD)
Beliau kini telah meninggalkan karier beliau sebagai seorang doktor perubatan untuk menumpuhkan seluruh masa dan tenaga beliau untuk aktiviti dakwah islamiyah. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F), Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.
Antara buku-buku yang telah dikarang oleh Dr. Zakir Naik termasuklah Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding?, Is The Qur’an God’s Word? Dan banyak lagi.
Sumber http://tujuhkakidalam.blogspot.com/2009/07/dr-zakir-naik.html
Wednesday, 2 January 2013
Does God Exist???? Watch to find the Answer. By Dr Zakir Naik.
Penjelasan hebat dari Dr. Zakir Naik...membuka mata semua pihak.
Tuesday, 1 January 2013
Petua Untuk Mengikis Tabiat Buruk
Tanpa disedari setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk diubah. Berbicara mengenainya sebenarnya terdapat pelbagai tabiat buruk yang dimiliki manusia. Sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat dengan jelas pada kelakuan seharian. Tabiat buruk seperti mengumpat, malas, tidak menjaga kebersihan dan sebagainya boleh diubah asalkan diiringi dengan niat dan usaha yang tinggi.
a. Tabiat suka mengumpat perlu dihindari kerana ia merosakkan hubungan sesama manusia.
b. Setiap kali menjamah makanan, kuah lauk yang diceduk ke pinggan pasti tertumpah terkena alas meja. Sedangkan perkara ini boleh diatasi jika kita merapatkan pinggan makan pada mangkuk lauk.
c. Ada juga orang yang memiliki tabiat suka meminjam barang orang. Pantang barang itu dia suka, pasti diminta pinjam.
d. Ada orang yang suka mengumpat. Pantang bila diajak berbual pasti ada yang diumpatkan. Ini menyebabkan orang yang diumpat teraniaya, sekali gus membuatkan individu tersebut membenci anda.
e. Ada juga orang yang suka mencari salah orang lain. Semua pandangan orang tidak diterima. Bagi dia hanya pandangan dan kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya sahaja yang betul.
CARANYA:
1. Berperingkat-peringkat - Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat. Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.
2. Beringat Selalu - Jika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang. Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.
3. Mesti Ada Kemahuan dan Niat - Anda ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah. Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.
4. Selami dan Fahami - Selami dan fahami dahulu tabiat buruk anda. Fikirkan impak negatif yang bakal anda peroleh jika tabiat buruk itu masih anda praktikkan.
5. Bersabar - Jangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk tersebut. Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin anda beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari anda mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.
6. Berdoa - Jika anda merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda buang. Jangan pula berdoa tetapi anda tidak berusaha untuk membuangnya. Seiringkan doa dengan usaha. Lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri anda.
Luna Merah

Subscribe to:
Posts (Atom)